#Shared Post 280113
Afdholul Rahman CA (Official) Cita-cita membangunkan ummat tidak akan dicapai kalau kita hanya mahu berehat dalam keselesaan, tidur lena nyenyak penuh kesenangan, mahu hidup berlalu tanpa ada sebarang cubaan, mahukan kejayaan singkat dan kemenangan tanpa ada pengorbanan dan jiwa yang besar. Membangunkan ummat bukan semudah update status di FB, me ndidik ummat untuk faham bukanlah sesenang usaha mengumpulkan mereka di medan-medan demonstrasi, mengubah cara fikir ummat tidak semanis makan nasi dalam talam sambil bersuapan. Kalau jiwa lemah, bekalan tidak disediakan, kurang pula kesungguhan dan keseriusan, mahukan yang manis-manis sahaja, nescaya cita-cita tinggi hanya akan jadi mimpi dan retorika yang tiada bertepi. Jiwa yang besar tidak perlu disebut-sebut, ia hanya perlu dibuktikan dalam perjuangan. Projek islah bukan untuk orang yang mahu selesa terus dalam keadaan lemah ! Share