Review: Part 2- Imam Syafie



Malam itu panjang, maka jangan pendekkan dengan tidurmu dan siang itu begitu terang maka janganlah kau menjadikannya gelap dengan dosa-dosamu.
(Yahya bin Muadz)

Review,
IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN
Karya: Abdul Latip Talib (PTS Litera)

PART 2


Kisah Teladan dari
 Sejarah Imam Syafie

Jangan bergantung harap pada manusia, 
Hanya kepada Allah kita meletakkan pengharapan

Idris dan Ummu Habibah risau akan penghidupan mereka setelah lahirnya Imam Syafie, kerana Palestin sememangnya jauh dari Makkah tambahan pula mereka tinggal jauh dari keluarga.  Namun, terbit kerisauan dihati Idris, oleh kerana beliau dari keturunan Bani Hashim. Dimana keadaan di Kota Makkah kini, agak gusar kerana Bani Syam dan Bani Nawfal amat memusuhi Bani Hasyim. Lantas Ummu Habibah mencadangkan agar mereka ke kota Baghdad, kerana Khalifah Ja’far al Mansur itu dari keturunan Bani Hasyim dan mungkin khalifah boleh membantu mereka. Namun Idris menolak dengan baik cadangan itu kerana, beliau merasakan pemerintahan Khalifah Ja’far tidak seperti pemerintahan Khalifah Umar Abd. Aziz. Idris tetap merasakan, pulang ke Makkah adalah lebih baik

Idris berkata’ Walau di manapun kita berada, janganlah bergantung kepada Raja(manusia). Apa yang kita mahukan daripada seorang raja? Apabila dia murka, sudah pasti dia menghukum kita. Apabila dia jemu, kita pasti dibuang begitu sahaja.Oleh itu berlindunglah hanya kepada Allah dan jauhi istana-istana raja. Sesungguhnya berdiri di pintu istana raja adalah satu penghinaan, tetapi berserah dan bertawakal kepada Allah, adalah satu kemuliaan.


Jadilah  Ibu yang baik dengan mendidik anaknya dengan Ilmu

Ummu habibah tidak pernah jemu mendoakan agar anaknya mudah belajar. Namun begitu penghidupannya yang agak miskin, ,dan Ummu Habibah sanggup mengiringi anaknya dalam meminta jasa baik guru supaya mengajar Imam Syafie dalam keadaan kehidupan mereka yang dhaif, disebalik kerisauan tidak dapat membuat bayaran kepada seorang guru dan ulama, maka Allah memudahkan urusan pembelajaran Syafie dimana kesemua gurunya mengajar atas dasar Lilahita’ala ( Hanya kerana Allah), oleh itu tiada bayaran yang dikenakan.Ummu Habibah sangat meneliti akan sikap Imam Syafie, baginya, lagi elok sekiranya Ilmu yang dituntut olah Syafie akan menambahkan lagi elok dan baik perawakan anaknya. Oleh itu, Ummu Habibah sangat menggalakkan anaknya belajar akan ilmu mengenal Allah daripada ilmu syair dan puisi.

Ummu Habibah berkata “Ibu tidak mampu memberikan kamu harta dan barangan mewah, hanya ilmu yang mampu ibu berikan sebagai harta. Pergilah ke mana yang kamu mahukan untuk menuntu ilmu, kerana ibu yakin, dengan ilmu, kamu akan terselamat dari tipu daya.”

Apabila ditanya rahsia kebijakkan Imam Syafie kepada ibunya Ummu Habibah,  Kata Ummu Habibah “Saya sentiasa mendoakan kebaikan unutknya. Makan dan minumannya, saya pastikan daripada sumber yang halal. Saya tidak pernah memarahinya, apatah lagi mengucapkan kata kata yang tidak baik kepadanya. Kerana kata kata seorang ibu adalah doa. Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar. Begitu caranya saya mendidik anak saya.”

Comments

Popular posts from this blog

catchy and so love it

Saad Bin Muaz

catostrophy~ Sheikh Abu eesa