Review: Part 1, Imam Syafie




Menunda-nunda perbuatan baik adalah salah satu tentara diantara bala tentara Iblis yang telah berhasil membinasakan orang banyak.
(Abu al-Jald)
Review,
IMAM SYAFIE : PEJUANG KEBENARAN
Karya: Abdul Latip Talib (PTS Litera)

PART 1

Apa tuh Mazhab Syafie?

bagi rakyat Malaysia khususnya Awal awal cikgu sekola, mak ayah dah ajar semayang,islam,  bile meningkat dewasa sikit, dalam lebih kurang darjah 4-5 tuh, barulah tau kiter ni berpegang pada mazhab syafie. Dan tyme tuh la jugak tau yang ade mazhab Maliki, Hambali, Hanafi. Tyme tuh la taw yang dwang sembahyang, tangan kat dada dan beberapa lagi. Namun begitu, ianya bukanlah menjadi kesalahan kerana setiap mazhab ini, sememangnya berijtihad diatas ilmu yang mereka pelahari dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, Hendaklah diingat, mereka juga manusia, ada kekhilafan, namun begitu, mereka telah usahakan yang terbaik untuk kegunaan generasi seperti kita hari ini.Kita tak mampu rasenya nak zuhud dalam mencari, mengarang dan mengajar ilmu tauhid,hadis,fiqh seperti imam-imam yang di rahmati Allah ini.

(disini saya hanya nak menyentuh perihal mazhab syafie dahulu yerk, yang pasti, kiter mazhab syafie, berpegang dengan Ahli Sunnah Waljamaah taw)

Clueless la, sekejap mazhab sekejap Ahli Sunnah Waljamaah! Ape nih?
Mazhab Syafie ini, adalah Ijtihad Imam Syafie beliau sendiri dalam perihal bersolat, fiqh, tauhid, ilmu hadis. Walaubagaimanapun, segala urusan pertanyaan, kekeliruan dan apa sahaja ijtihad yang beliau kemukakan adalah berpandukan dan berujukan HANYA daripada Al-Quran dan Sunnah dan setelah consume ilmu yang beliau pelajari sebelum ini
Tambahan lagi Imam Syafie berijtihad setelah beliau telahpun berguru dengan Imam Malik,berguru dengan anak murid utama imam Hanifah, khatam membaca karangan buku imam Malik, imam abu Hanifah,dan sama sama belajar dan mengajar bersama imam hambali.

Ahli sunnah wal Jamaah ini pula adalah suatu kumpulan muslimin yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Dimana disebut bahawa. Rasulullah berkata yang bermaksud, Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, umatku akan terbahagi kepada 73 kumpulan. Hanya satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka. Sahabat bertanya, siapakah itu ya Rasulullah, baginda menjawab Ahli Sunnah Waljamaah)

 (untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bolehlah merujuk kepada sumber sumber yang sahih,membace buku, bertanya kepada Ustaz, Ustazah , jangan dok bace internet semata yer! Ngee)

Haahla, ce cte sket perihal Imam Syafie?
Rasenye tyme kiter blaja SPM dulu, Ingat tak yang kan ada kene hafal pasai Imam Syafie, nama dye, ala ade Idris tuhkan.!. Yup, nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Rase rasenya, korang mesti familiarkan dengan nama Abdul Mutalib tuh. Haaa. Pandai pon, sememangnya Imam Syafie ini adalah daripada keluarga bani Mutalib, iaitu bersambung keturunannya dengan keluarga Rasulullah S.A.W. In Which, atas sebab itu, beliau sememangnya Imam yang sangat dihormati, Keluarga Rasulullah S.A.W sape tak hormat dan sayang kan! lebih lebih lagi apabila, orang ramai sedar akan imu yang penuh didada beliau.

Imam Syafie didalam kandungan
Sejak dari dalam kandungan ibunya lagi, ibu dan bapa syafie senang dalam mengerjakan sembahyang, rajin membaca Al-Quran, makan dari rezeki yang halal, senang dalam mendoakan supaya anak yang bakal dilahirkan menjadi orang yang berpengetahuan dan mendoakan supaya dapat menjadi seperti Imam Abu Hanafiah( Baghdad) dan Imam Malik(Madinah), kerana mereka risau akan umat islam yang dahagakan ilmu pengetahuan daripada alim ulama seperti imam Malik dan Imam Abu Hanfian ini.

Ingat tak pasal isteri yang pegang rotan setiap kali suami balik rumah. So that, if the husband is not satisfied with his wife, rotan is just in his hand. Ini lah apa yang Ummu Habibah, ibu Syafie lakukan setiap kali suaminya pulang kerumah. Kompemlah tak kene rotan, ummu habibah tersangat la baik, suaminya apatah lagi. (disini dapat dilihat yerk didikan suami yang soleh)

Nak dijadikan cerite, Idris dan Ummu Habibah ni asalnya merantau bagi mencuba nasib dan mencari kehidupan yang baru dan kemudiannya menetap di Palestin. (tempat yang sekarang, MasyaAllah- semoga Allah membantu menenangkan, memelihara dan menabahkan jiwa saudara semuslim kita disana, insyaAllah-amin).Imam Syafie pun lahir dalam penuh keberkatan dan dibesarkan dengan bacaan Al-Quran, berpuasa.Ibu bapa beliau sememangnya berhajat untuk pulang ke Makkah, kampungnya mereka.namun begitu ajal bagi ayahanda Imam syafie telah sampai dulu. Setelah ayahanda syafie selamat disemadikan dan beberapa ketika, bertolak la mereka dua beranak ke Kota Barakah Makkah-Mukarramah.

Imam Syafie di Kota Makkah al-Mukarramah
Sesampainya Imam Syafie dan ibunya ke kota Makkah, dan menetap disitu. Keluarga Ummu Habibah di Makkah ini kerap memperihalkan akan wajah anaknya ini dengan Moyang beliau yang bernama Syafie dan dimana kata keluarganya lagi moyangnya itu, mirip rupanya dengan Rasulullah S.A.W, . Oleh sebab itulah Muhammad bin Idris ini digelar Syafie, bersempena akan wajahnya yang seiras dengan wajah Syafie seiring irasnya wajah Nabi Muhammad S.A.W. Imam syafie sering didoakan olah keluarga besar beliau supaya menjadi ulama tersohor.

Niat Syafie untuk Menghafaz AL-Quran
Oleh kerana ibunya miskin, oleh itu, Imam Syafie didik sendiri oleh Ummu Habibah dalam mengenal Al-Quran, disitu, jelas nampaknya akan kecergasan akal pemikiran anaknya  Imam Syafie. Kemudian Imam Syafie turut menuntut pengajian Al-Quran di Masjidil Haram. Kemudian timbul niat di hati beliau untuk menghafal Kalam Allah Al-Quran. Niat itu terus di sampaikan kepada ibunya dan ibunya sering mendoakan supaya Syafie dipermudah dalam menghafaz Al-Quran.

Mimpi bertemu Rasulullah S.A.W
 Doa ibunya dimakbulkan dimana, pada suatu hari Syafie bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. didalam mimpinya, Rasulullah S.A.W mengusap muka Syafie lalu mendoakan agar Allah memberkati hidup Syafie. Setelah mimpi tersebut, sangatlah mudah bagi syafie dalam apa jua pembelajaran kerana daya ingatannya yang tinggi dan hafalannya sangat kuat.

 Dimana Imam Syafie ini sangat terkenal dengan kisahnya yang sudah menghafal Al-Quran Karim sejak umur 9 tahun lagi ( bayangkan kiter tyme umuq 9 tahun ni, tgah buat ape jerk kan). Inilah sebab engapa Imam Syafie hebat dalam menghafal. Bertemu Rasulullah S.A.W didalam mimpi dan doa Ummu Habibah yang tak pernah putus untuk kebaikan anaknya itu.

Comments

Popular posts from this blog

catchy and so love it

Saad Bin Muaz

catostrophy~ Sheikh Abu eesa