Sayu.


Rase mcm dah lame tak interact secara jujur dengan Allah melalui kalamNya- maybe selama ini, tadabbur just rase it is tadabbur- tapi lupe untuk interact dan connect dengan Allah swt.

Patutlah sering merasakan jauh dari jalan Mustaqim. malah kaki seakan gagal mengorak langkah untuk menjadi muslim yang produktif.

Harini, seperti kebiasaan, akan melazimi diri dengan masa yang terbuang-diulit mimpi. Kadang merasakan kelemasan diri. Lemas dengan sikap sendiri yang belum pasti titik kembali.

Dan aku mencuba untuk mencari fitrah yang lama hilang. Aku dipertemukan dengan surah al-an'am 
[132]
Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. 
[133]
Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain. 

*************************************************************************
kalau diikutkan hati yang keras, hati yang seakan menidakkan, surah ini, tidak dapat dikaitkan dengan kemalasan yang aku hendak lupusi.

Rupanya aku salah, bahkan kalam Allah ini tidak pernah gagal dalam memperhalusi segala yang ada. It never Fails me.

ayat 132, benar benar meragut hatiku. Masing-masing ada tingkatan- sesuai dengan apa yang dikerjakan.

dan aku sungguh jelas akan apa yang aku kerjakan.sungguh terang. aku gagal menjalankan tugasan yang diberikan, sering lalai akan tanggungjawab aku sebagai khalifah dan abid, bahkan gagal untuk menyempurnakan tugas aku sebagai anak yang membawa kedua ibubapaku ke jalan hakiki. sebagai kakak aku kadang gagal dalam mengawal emosi, lalu turt mebiarkan diriku kembali ke jahiliyah. 
Titik utama adalah apabila, aku gagal sebagai seorang pelajar. Aku gagal mempersembahkan yang terbaik untuk pelajaran. Dimana- aku gagal dalam mencari sunnahtullah didalam ilmu yang aku sedang terokai. semua dek kerana aku gemar bertangguh, bahkan melayan hati yang sentiasa inginkan rehat berpanjangan.

Sedangakan Allah- takkan pernah lengah terhadapku, rahmatnya tak pernah kunjung henti. 
bayangkan sekiranya Allah berlengah membekalkan oksigen kepada, sekiranya Allah lengah memberikan keupayaan/hidayah/kasih sayang/keluarga/teman/kewangan kepadaku, sekiranya itu berlaku, 'apakah yang akan terjadi. sungguh, aku pasti menjadi orang yang rugi, 

dan menjengah ke ayat 133, 

Sungguh aku tersentuh, 

Dan TuhanmMu maha kaya- penuh Rahmat. kekadang, aku selalu lupa untuk menghayati pengertian dan kebesaran Allah didalam Al-Quran aku melewati ayat2 tersebut dengan kefahaman yang hanya dipermukaan sahaja.Aku lupa untuk meneliti dan mendalami segala sifat kesempurnaan Allah. benarlah- Tak kenal maka tak cinta. jesteru, olah kerana kurangnya aku belajar untuk mengenali Allah melalui kebesaranya, maka aku gagal  mengenal tuhan.

lalu, aku mengambil sedikit waktu, untuk diam sejenak, menghayati pengertian -TuhanMu Maha Kaya- penuh rahmat-

lapang sungguh dada ini, rasa kebersamaan Allah dengan Rahmatnya. Pasti. Sungguh pasti Allah maha Kaya. Kaya segalanya. Kaya dengan Rahmatnya. Dan beruntunglah aku, kerana telah diberi peluang merasa rahmat kebesarannya dalam sehari hari. Alhamdulillah, Thank you Allah.
 
dan kemudian, kerisauan mennggangu benakku,

Adakah aku mahu aku digantikan dengan gologan yang lain, seperti golongan2 sebelum ini. 

aku perlu bangkit dan berubah.
kerna aku tahu

****************************************************************
[134]
Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu). 
[135]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya. 

***************************************************************

Lantas aku tersedar. 

Adakah aku selama ini bermain2 dengan illusi sendiri. bahawa aku akan terselamat dari balasan dihari kiamat? adakah aku?

Apakah ayang akan aku lakukan ketika itu. duduk dan meratapi.

*****************************************************************

[136]
Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu. 
[137]
Dan demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan mereka nengenai ugama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. 

*************************************************************

Aku harus berubah- 

Aku mesti berubah, Biiznillah.

supaya aku bukan tergolong dari golongan yang mempersembahkan amalku-pekerjaanku kepada Allah, dengan perkara yang merugikan.





Comments

Popular posts from this blog

catchy and so love it

Saad Bin Muaz