Get me outta here!

Thursday, November 1, 2012

Wanita sembahyang di masjid



Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau orang Islam tahu keutamaan azan dan saf yang pertama,
kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian
nescaya mereka pergi mengambil undian,
dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir
jamaah Zuhur, nescaya mereka berlumba-berlumba untuk mendapatkannya
daan kalau mereka tahu kebaikan berjamaah pada sembahyang
Isya' dan subuh nescaya mereka menghadirinya meskipun merangkak.
Hadis sahih riwayat Muslim



oleh kerana , entry sebelum ini ade menyebut perihal menyeru unutk sembahyang berjemaah so terpikiaq la jugak. bagaimana dengan kaum hawa..kan 

katenye lagi elok sembahyang dirumah... okeyh... kiter go through the statement from here higlighted  ON this entry... yang sini pun padat hujahannye, tp terlalu padat ngee...
PERSOALAN???
Akan tetapi… Adakah solat dirumah bersendirian bagi wanita adalah lebih afdhal jika dibandingkan solat berjemaah di masjid … Jika ia benar, hal ini amat bertentangan dengan hadith sahih dimana Rasulullah s.a.w bersabda..…….
Sabda Rasulullah s.a.w ;
” Solat berjemaah adalah lebih afdhal dari solat bersendirian, dengan 27 darjat “        
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.….
wallahu Ta’ala a’lam…
“Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah  (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “
 Surah An-Nisaa’ : 59 
___________
Adapun apa yang kita bincangkan adalah berkenaan hukum wanita solat berjemaah di masjid, walaupun hukum tentangnya menjadi perkara khilafiah ( perselissihan ) dikalangan ulama’. Walau begitu, sesungguhnya jumhur ( mejoriti ) ulama’ berpendapat adalah harus bagi seseorang wanita untuk solat berjemaah dimasjid. Akan tetapi,adalah lebih afdhal bagi mereka  untuk bersolat dirumah… pendapat ini kebanyakan dipersetujui oleh ulama’  muktabar seperti Al-Imam As-Syafie, Al-Imam Al-Malik, Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi, ahli-ahli hadith, dan sebahagian besar ulama’ bermazhab Syafie…
Hal ini disandarkan dengan dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah yang berkaitan danganya…
Sabda Rasulullah s.a.w dari ibnu Umar ;.
” janganlah kamu menghalanag wanita untuk ke masjid, akan tetapi ( bersolat ) dirumah mereka adalah lebih baik baginya” Hadith riwayat Abu Daud…

subuh ker ni.. wah.. alhmdulillah!!
Al-Imam Malik apabila ditanya berkenaan larangannya keatas wanita untuk keluar ke masjid, keluar  dihari raya mahupun bersolat istisqa’ ( mintak hujan turun ). Kata Al-Imam Malik : ” sesungguhnya untuk ( wanita ) keluar  ke masjid adalah tidak dilarang. Akan tetapi, kami tidah melihat ia menjadi satu kemulian bagi wanita apabila mereka keluar keseluruhannya pada hari raya dan pada solat istisqa’ “ ( Mudauwanah Al-kubra, bab solat berjemaah, J 1, m\s :173 )
Mahupun ia diharuskan sebahagian besar Para ulama’, akan tetapi tidak dilupai akan larangan yang telah disepakati oleh ulama’ bagi wanita untuk mendatangi ke masjid berdasarkan Hadith sahih ;
” telah melarang Rasulullah s.a.w keatas wanita untuk keluar pergi ke masjid dengan memakai wangian, kerana ia menjadikan lelaki memandang kepadanya, dan berkehendak keatasnya, dan sesungguhnya bauwannya, perhiasannya, dan rupa parasnya menyebabkan ia ( wanita ) menjadi perhatian, maka hendaklah bagi wanita itu menjauhi dirinya dari perkara tersebut” Hadith riwayat Abu Daud…
Hal tersebut adalah menjadi satu halangan bagi kaum wanita untuk mendatangi dirinya ke masjid, disebabkan hadith diatas dengan jelas melarang akan perkara tersebut. walau bagaimanapun, bagi wanita yang bebas dari perbuatan tersebuat tetap dibenarkan… Akan tetapi, adakah hadith diatas bertentangan dangan hadith sahih yang berikutnya.
Sabda Rasulullah s.a.w ;
” solat dimasjidku ( masjid Al-Madinah Munauwarrah ) lebih utama seribu solat jika dibandingkan dengan solat di masjid yang lain “ Hadith riwayat Muslim…
……………………..
Berkata syeikh Al-Bani rahimahullah : ” hadith ini tidaklah menafikan bahawa solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka, sebaigamana tidak dinafikan akan keutamaan solat sunat di rumah bagi lelaki dibandingkan jika ia dilakukan di masjid. Akan tetapi jika dia ( lelaki ), menunaikan solat fardhu salah satu diantara tiga masjid ( Masjid Al-Haram, Makkah, dan Masjid An-Nabawiyah Munawarah, Madinah, dan Masjid Al-Aqsa, Palestin ), maka mereka mendapat keutamannya dan kelebihannya jika dibandingkan dengan solat di masjid selainnya, demikian juga halnya bagi wanita “ ( Kitab Jilbab Al-Mar’ah Al-Muslimah, m\s : 156 )…
Kata Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah : ” solat-solat mereka ( wanita ) di rumah adalah lebih utama bagi mereka dibandingkan solatnya di masjid. Jika mereka mengatahui yang demikian ( pastilah mereka tidak meminta untuk keluar ke masjid ). Akan tetapi kerana mereka tidak mengatahuinya, maka mereka ( wanita dizaman Rasulullah (sahabiyah ) ) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan beranggapan bahawa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumah “ ( Kitab Nailul Authar, J 3, m\s : 131 )
Mengapa Islam memberatkan wanita bersolat di rumah?
Banyak sebabnya. Antaranya untuk jaga rumahtangga, keluarga dan anak-anak. Jika hanya suami ke masjid dan dia tahu keadaan anak-anaknya terjaga dan selamat di rumah bersama isteri maka suami akan lebih tenang beribadat.Jangan fikir sebab terpaksa terbeban dengan tanggungjawab rumahtangga, wanita tidak dapat mengumpul pahala. Menjaga anak, menguruskan rumahtangga, mendengar cakap suami dan setiap satu pekerjaan yang wanita lakukan di rumah kerana Allah tetap mendapat pahala. Kadang-kadang wanita lupa pada perkara-perkara kecil seperti menyediakan pakaian suami untuk ke masjid juga mendapat pahala.


Wanita juga boleh solat jemaah di rumah bersama anak-anak misalnya dan mendapat pahala jemaah sama seperti di masjid. Wanita kena tahu yang mana harus dilebihkan pada waktu sama masih mendapat pahala. Paling penting sebagai isteri galakkan suami berjemaah di masjid.Semoga anda turut mendapat pahalanya. Rasulullah bersabda:"Orang yang menunjuk kepada sesuatu kebaikan adalah seperti orang yang melakukan kebaikan itu." Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.





So, untuk kami pelajar yang bujang. lagi la duk dekat ngan masjid? bagaimana itu
Wanita lebih baik solat di rumah. Namun Rasulullah bersabda, "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita keluar ke masjid untuk berjemaah, bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya memberi keizinan kepada wanita ke masjid apabila mereka memohon keizinan.



Bagi wanita bujang, bolehlah lebih kerap ke masjid berbanding yang telah berkahwin.Walaupun begitu, ulama bersependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik daripada bersolat di masjid bersandarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka".

Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda: "Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".……



another kenyataan dari berhubug hal jemaah wanita ini,
kenyataan di bawah ini diambil dari perbahasan di sini

pada pandangan ambe dalam masyarakat malaysia kini yang kehidupannya aman dan kemudahan asas yang baik, tiada timbul istilah fitnah untuk wanita solah berjemaah di masjid.

yang peliknya bila membicarakan soal ibadah, banyak terjemahan dan kekuatiran ditimbulkan atas alasan fitnah. tetapi sebaliknya bila dipasaraya, di tempat bekerja, di kuliah, di dalam kemudahan awam (bas/LRT/dll) tidak pula bincangkan pasal fitnah/tegahan utk para wanita, sedangkan situasi ini lebih mengundang banyaknya unsur fitnah, malah berhimpit-himpit/ berjabat tangan antara wanita dan lelaki banyak terjadi.

jadi Fitnah itu apa? siapa sebenarnya yg mencetuskan fitnah? nah jika diteliti, tidakkan diri sendiri yang mendedahkan/ membenarkan fitnah itu berlaku?
contoh paling dekat unsur fitnah ialahdengan memakai minyak wangi bila berada dikhalayak ramai.

jadi fitnah apa sebenarnya yg menegah wanita ke masjid? cuma takut cantik je, kan cantik itu (muka) boleh tutup, tapi kalau pakai wangian camne nak tutup? nah janganlah wat andaian fitnah itu secara keseluruhan dengan alasan nak lepaskan diri, sedangkan usaha utk bendung tidak kita lakukan.

sesungguhnya menegah orang yang menimpang dari maksud hadis boleh merosakkan ummah. apatah lagi jika kita pandai-pandai buat tafsiran tberdasarkan ilmu yg sekadar kita ada dan main cedok ucapan orang lain untuk memanjangkan sebaran.

so, Nina Diana pikiaq la pulakkan

unutuk ladiessssss,

ni sebab, saya pelajar, yang duk kat lab, sebelah jerk masjid, 
dulu slalu smbahyang kat surau bawah, 
alasan- sebab malas nak jalan kaki- then baru sedar, 
sebelum ni, tyme degree boleh jerk semayang kat masjid. 
hahaha. mentang da ade surau, makin malas nak bergerak kan...
biler dengar seruan azan,, buat mcm,, ooooo,, then berFB,, then BerBLOG..
so, apekate, biler azan tuh. lagi baek sebelum azan, 
p masjid. takat zuhur asar jerk berpeluang sembahyang di masjid kan.., 
isya ngan maghrib, da balik kolej.. 
boleh semayang jemaah ngan rumet kan. dapat kejar 
semangat unutk  berjemaah kan!! , dapat sahut, seruan 
menegakkan tiang agama k.
(tapi kadang Fail jugak- tak jemaah-ngee, takper.. 
slow2.. mane boleh mendadakkan!!-yang penting sedikit, tapi berterusan
Sabda Rasulullah S.A.W tuh.. insyaAllah, amin)

so.. kalo niat nak berjemaah, bagusla, digalakkn ke masjid, sebab,,
 sambut seruan AZAN, macam kisah diatas. 
seruan solat, seruan kejayaan, tapi ingat. ladies, 
jgn bertabbaruj pulak,, and, ladies!!! jangan, jangan jangan 
p pakai minyak wangi dan berhias-hiasan okeyh!…
bukan tyme masuk masjid jerk.. lebih2 lagi diluar, ….
insyaAllah, amin, jzkk.

0 comments:

Post a Comment